Sunday, 30 September 2012

Family day at Janda Baik

Assalamualaikum wbt..........

Happy sunday girls and boys... hehe

Today, free sesangat thats why laa i mau menulis nie kekeke :p .. so for introduction (cewah ada intro tuh kahkah) kita mulakan dgn lafaz Bismillah hirohmanirohim and assalamualaikum kpd sume .. hope everyone happy today and have a best day to getting the rest, ok???

Last week, saya dan all staff at eye clinic pergi Janda Baik tau.. hehe dunt jelelous k !!! hahaha.. Kami berada di sana selama 3 hari 2 malam.. The place, so nice and wonderful place.. sooooo cold !!! Hotel yang kami menginap betol-betol di atas Bukit.. berhampiran dengan kampung Janda Baik,. Berhampiran dengan air terjun, berhampiran dengan kebun-kebun, berhampiran dengan pokok, berhampiran dengan batu bata ahahaha sume lah berhampiran.. i very very like the place and InsyaALLAH i will be there again one day for honeymoon ke kan hahahahah (ceh gataiiiiii naaa)

Kami menginap di Hotel Cherengin Hills and convention and spa resort, Janda Baik, Pahang.. Hotel ini baru 2 tahun dibuka kepada sume, and the service i think is good!!! The room so clean and beautiful.. The food, delicious. U all can select the food but not really have a choices..maybe because the hotel baru lagi di buka kot.. For me, bukan senang nak bangunkan hotel yang baru di buka untuk memenuhi semua service yang ada di hotel lain..

From my view, this hotel very far from the city..and i think this for people to take a rest and relax their mind... All the staff yang kerja kat sana, kebanyakkan penduduk kampung yang berhampiran, because the housekeeping diorang adalah lelaki.. OMG!!! tak sangka kan lelaki boleh kerja as a housekeeping hihihi (leh jd caloooon tak mak jemah???? hahaha husband ??) hahahah !!! ...

They use van untuk amik pekerja dari rumah masing-masing utk pergi ke hotel.. so, pekerja merek disediakan transport untuk pergi kerja.. so easy,right??? Untuk sampai ke hotel, fuhhhh jalan bengkang bengkok tau..Naik bukit, turun bukit.. baru laa sampai kat hotel.. For me, bila diorang sediakan van as a transport so senang laa pekerja diorang nak datang kerja.. no more excuse untuk ponteng kn..tol tak?? hahaha

For u all can feel what i feel, so sila lah menjamu selera dengan gambar di bawah yea :p yiiihaaaaa enjoy mak jemah.. hahaha

Bak kata pepatah "Put ur self in my shoes".. jadi kita leh rasa pa yang org rasa hihihi..

                                                        Di puncak bukit, Janda Baik
                              kiteorang pi sana dengan bas UIA.. yang naik bas, 8 orang jea.. hehehe..


                                                  Ni adalah tempat makan kteorg.. Best..


                             For starting, just main-man air je..for the next, hmm terus terjun !!!! hehe





   From the top, antara sukaneka yang kami main.. sesangat la seronok and very enjoy each other..Sume hal       keje dilupakan..yang ada dalam otak, nak main sampai puas hati !! kihkihkih

 For night, we have a BBQ.. the theme is "Orang Kampung".



Before back, saya pergi jejalan with my frend to view around..bila jejalan tu kan, ya ALLAH seronok sesangat dapat tengok ciptaan Allah swt yang sangat indah huhu SubhanaALLAH.. Tuhan yang Maha Besar..









ok, thats it for today.. maybe next time saya akan tulis lagi k..

And for next time, i wanna sharing something important in our life..soooo wait k.. InsyaALLAH as long as impossible i will updated my blog..

Semoga Tuhan Merahmati kehidupan kita semua, aminnnn..

Thursday, 27 September 2012

Last for Raya

Bismillah hirohmanirohim..

I miss so much to blogging !!!! really really miss..

Take long time to write the last entry RAYA for my blog right?? hehehe.. Im really sorry because im buzy so much.. A lot of work i must done properly.. And Alhamdulillah ia sangat-sangat berbaloi for learn new something in my job..InsyaALLAH..

As a practical student in eye clinic specialist, give me "powerful" strength to learn and to face the problem and solve slowly.. My brain asik "foning-foning" tau huhu.. In clinic, i as a clinical manager, so many thing i must focus and must do something to my organization huhu..

So, for last my entry Raya, actually i didn't know how i want started story about my last raya. Even though dalam kepala otak nie banyak sangat nak cerita, but i have a job to do..so, just see my pic k kihkihkih..

This pic from my kampung beraya and from my clinic to celebrate Eid Mubarak..
Enjoy !!! hehehe




Gelagat anak anak yang dah nak balik umh masing masing hehe.. seronok weh!!! i love so much my family muahhh3.. love u all !!

And then, this pic from celebration Eid Mubarak at my clinic....












Hope u guys enjoy with this picture k !! im really happy and beryukur dgn apa yang dikurniaakan oleh Tuhan, alhamdulillah.. This is i want in my life.. more keberkatan dr Ilahi..

Semoga Syawal yg lalu memberi kita seribu satu keindahan, dan sama-sama la kita saling bermaafan..bukan bulan syawal je bru nak bermaafan tapi setiap hari kita kena memaafkan orang lain dan jangan sesekali kita menyakiti hati orang lain.. be careful when u all wanna talk k.. take care of your mouth.. so simple, kurangkan bercakap dan banyakkan mendengar kebaikan..InsyaALLLAH semoga hati kita selalu bersih..amin3..

Semoga hari-hari yang mendatang banyak mengajar kita mengenal pencipta kita, Allah swt..

Wallahuallam..

Saturday, 1 September 2012

Raya : Part 2

Hellow u ollzz..  Selamat berhujung mingguuuu !!!!

What zup..What zup today !!! hehe

So happening ek today?? hehe Biasalah, bila hati dah tenang, hidup bahagia apa lagi yang nak, tol tak sexy lady?? hahaha..

Hmm firstly yang kena buat bangun pagi pagi ni, kena tarik nafas dalam dalam and hembus dengan mengucap kesyukuran kerana masih diberikan peluang and pinjaman nyawa oleh yang Maha Kuasa, alhamdulillah..

Semua dah breakfast?? Im olready, makan mee goreng basah (my febret food yumm) and air teh o.. woww maplouss !! my sister cooking, i just prepare my stomach to eat hahaha jahat tak??? haha.. Makan sudah, basuh baju pun sudah, kemas rumah also done, so wanna read my book but before that i want continue my entry raya today hehe..Tiba tiba mood ok pulak mau nulis nulis bermacam bagai..

Waaalaaaa....

So, Raya ke dua nothing im doing, just rest and doing my job hehe..macam tak raya jew kan?? hehe Actually the second raya, hati tersentuh sikit, so no have a mood to beraya sana sini hihi..Biasalah dah namanye PEREMPUUUUAANN kahkahkah.. :p iiishhh  asyik gelak je mak jemah nie kn..

And the third raya, soooo meriah sangat sangat..semua sudah balik untuk beraya di kampung..My sisters and my brothers sampai !!! EXCITEEED !! Long time not see each other and tak bergurau senda kan.,macam macam cerita yang dicetakan, dari pagi sampai petang, dari petang sampai malam, dari malam ke pagi pulak bercerita hahaha, kelakar kan? itulah my family.. mulut riuh semua,potpet potpet mulut masing masing..

Disebabkan semua dah balik, jadi kami semua merancang nak buat makan makan lah sikit sempena hari raya dan dapat berkumpul sama sama..so,we all do the BBQ..

                                         BBQ di taja oleh my sister, Ini proses pemerapan haha..

Before night, we all together pakat pasang pelita.. raya ke3 baru nak pasang pelita, apa barang??? hahaha Dah tu, raya ketiga baru balik semua thats why lah baru semangat nak pasang pelita..




Ni lah suasana pasang memasang pelita, collaboration with my brother in law, kepala kan haha..and malam tu BBQ di bakar but dont have a picture because my camera batery habis..

Raya keempat, salah seorang my sister dah kena balik sebab kerja memanggil.. and raya keenam kami semua pergi beraya di Kuala Berang, rumah bapa saudare..dah lama tak pergi so semua join pergi sana..

Before pergi beraya, take a picture first ....................


Before and current going to Kuala Berang..After we all pergi beraya sana, kami terus pergi jamuan kahwin kawan kepada my sister..Musim raya tahun ni banyak sangat orang kahwin..BArakaAllah BarakaAllah hulakumwala...hihi Doa saya, :Semoga kekal ke akhir hayat buat pengantin semua..amin.. ermm when my turn nak naik pelamin nie (yooooooo gatalnyeeeee :p but think think think) .. kihkihkih <3

Saranghaee <3

............................................................... to be continue.............................................................................

Friday, 31 August 2012

Raya : Part 1

Assalamualaikum...

Hai and good evening everyone :-)

Tik tok tik tok Opsstt today already start first september..fuuullaweiii cepat sangat masa berlalu meninggalkan kita dengan seribu pengajaran dan pembelajaran hari hari yang di lalui.. Hopefully u ollz have a great day !! <3

wakeup !! wakeup !!! wakeup !!! eh2 kenape kena bangun lak nie?? hihihi yelah siapa2 yang tidor tak amik wuduk tuh, bagus la amik dulu sebabnya ialah mana kita tahu bila ajal kita akan sampai and semoga Para Malaikat menjaga kita ketika kita sedang tidor, tak gituu mak jemah?? hahaha

Today also dah 14 syawal, sudah seminggu umat Islam menyambut kemenangan setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan..Syukur alhamdulillah..

Pengisian entri pagi ini tepat jam 12:25 AM (jam di laptop saya ) jatuh pada hari sabtu bersamaan dengan 14 syawal adalah pengisian mengenai raya.. raya lagi kn?? hehe biasa lah, raya tahun nie tak begitu meriah sangat, yelah semua kakak2 dan abang2 saya balik raya ketiga, masing2 beraya di rumah mak mentua and bapak mentua masing masing. Raya ketiga barulah penuh umah Pak Long Tamboh haha :p

Untuk menulis entri ini memerlukan masa kerana terdapat beberapa perkara yang berlaku kepada saya. Dan syukur alhamdulillah saya dapat berfikir dengan waras untuk menyelesaikannya..Semua adalah kehendak dari ILAHI..Saya berharap ketenangan saya perolehi ini akan menjadi milik saya selama lamanya..InsyALLAH dengan IzinNYA. amin3

Untuk raya tahun ini hanya kami bertiga., me, my sister and my brother only. Yelah semua ni belum kahwin lagi hehe jadi beraya laa di kampung (lum ader umah mak mentuee lagi, yehee :p). Dan alhamdulillah pada malam raya barulah abang saya yang sulung sampai, katanya beraya bersama kami. Syukur alhamdulillah. Masih Allah swt memberikan kami kebahagiaan dan kegembiraan menyambut syawal dalam keluarga besar walaupun arwah mak dan ayah telah tiada (semoga arwah di tempatkan dalam kalangan orang beriman,amin).


Raya pertama :





Gambar gambar ini di ambil di rumah nenek saya di kampung Teluk Menara. so siapa siapa yang tinggal sana, kenal rumah ini, jemput laa datang ye :p heheee .. Gambar di atas, bersama dengan sepupu sepupu dan anak anak..


Ini adalah satu satunya rumah kawan yang saya pergi beraya hahaha. Kawan yang di maksudkan yang pakai tudung merah tuh hehe..Rumah dia sebelah rumah my nenek ajew, so cepat je sampai rumah dia. Rumah lain jauh kit..Lagipun rumah dia ni jalan 3,4,5 langkang terus sampai.

................................................. to be continue ........................................................................

            Selamat hari raya maaf zahir batin..:-)









Monday, 27 August 2012

oh lelaki

Assalamualaikum wbt..

Long time not see my blog..i miss so much blogging..heh heh hehe


Hari ini tetiba hati terdetik mahu mencoretkan sesuatu tentang "LELAKI".. kenapa saya pilih title ini as my writing??? kenapa saya rasa perlu untuk saya mengetahui apa peranan yang di mainkan oleh lelaki dalam kehidupan, dalam agama dan dalam wanita yang di cintai (isteri) dan dot dot dot...


Ehmm ada sesuatu yang saya pelajari mengenai "LELAKI" dalam masa 2 hari ini. Ia betol betol mencabar saya sebagai seorang wanita, mencabar kesabaran saya dan ketabahan saya dan juga keimanan saya huhuhu Syukur alhamdulillah kawan kawan sekeliling banyak menyokong dan memberi nasihat yang bernas dan menenangkan saya.. Syukran jizyan :-)





Dalam Al-Quran ada menyebut :

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka..." (al-Nisa', 4:34)

Jika di teliti melalui ayat di atas, betapa besarnya peranan dan amanah yang telah Allah swt berikan kepada kaum lelaki dalam menjadi seorang pemimpin pada seorang wanita. LELAKI perlu mendidik wanita dengan sebaik-baik didikan. Bukan dengan mempermainkan wanita melalui perasaan halus wanita dengan kata-kata yang manis dan untuk mengambil kesempatan kepada wanita tersebut. 

Didik lah..Didik lah..Didik lah.. permaisuri hidupmu wahai pemimpin keluarga!

Betapa Allah swt telah memberikan kepercayaan kepada LELAKI untuk memikul amanah itu kerana beberapa kelebihan yang telah Allah swt berikan kepada LELAKI tidak pada wanita. Namun, hari ini, adakah lelaki berperanan sebagai pemimpin dan adakah wanita juga telah menjalankan peranan sebagai orang yang dipimpin?? Ayuh kita muhasabah diri !!!

LELAKI ITU SEPATUTNYA PEMIMPIN, BUKAN DIKTATOR ! 

Allah swt telah memuliakan lelaki sebagai pemimpin kepada kaum wanita. Peranan lelaki sebagai suami, ayah, abang dan anak itu adalah sebagai pelindung kepada wanita-wanita di bawah tanggungjawabnya. Antara peranan lelaki dalam melindungi wanita dalam keluarganya :

■Memastikan prinsip Islam terlaksana dalam keluarga.
■Menjadi teladan yang baik.
■Memastikan komunikasi yang baik dalam keluarga.
■Memastikan keluarga terhindar dari azab neraka.


"Hai orang-orang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka.." (At-Tahrim, 66:6)

Namun, bagaimana seharusnya lelaki sebagai pemimpin, adakah umpama diktator yang hanya memberi arahan? Tidak sama sekali! Islam tidak pernah memuliakan lelaki sebagai pemimpin dengan tujuan supaya ia dapat menindas kaum perempuan. Malah Islam telah menganjurkan lelaki supaya berlemah lembut dengan wanita.

Misalnya, suami diangkat sebagai ketua keluarga, namun Islam tidak menidakkan hak isteri untuk berbincang dan memberi idea atau pendapatnya. Islam meletakkan hak pada suami untuk memukul isteri, namun ia adalah jalan terakhir dan dilakukan dengan penuh hikmah. Bahkan Rasulullah sendiri menganjurkan supaya berbuat baik dengan isteri.

Terbaru di dada akhbar, kekasih membakar kekasihnya hidup2!!!! Astagfirullah al-azim..apakah dunia sekarang?? Begitu kah yang dikatakan peranan lelaki kepada wanita? Begitukah cara islam mengajar kita dalam menjalinkan hubungan di antara lelaki dan perempuan? TANYA LAH IMAN !! Jauhnya Islam tersasar dalam diri kita yang sebenar.. Moga kita semua jauh daripada melakukan perkara yang sedemikian.. Nauzubillah..

Sesungguhnya, wanita itu satu amanah dari Allah, maka lindungilah ia kerana ia jua sebahagian dari lelaki.

"Wahai manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada kedua-duanya Allah mengembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak" (Surah Al- A'raf:189)

Wahai wanita, binalah perisai pelindung dirimu!

Hakikatnya, kita mengakui bahawa wanita dan lelaki itu saling melengkapi. Jika lelaki itu memang menjadi pelindung, namun apakah kita sebagai wanita sendiri hanya bergantung pada pelindung itu tanpa mahu berusaha membina perisai pelindung diri sendiri?

Hakikatnya, perlu ada gabungan lelaki yang menjadi pelindung dan jua wanita yang utuh menghijab diri untuk melindungi dirinya.'It takes two to tango'.


Lalu, bagaimana untuk wanita membina perisai pelindung?

Pertama sekali, berani untuk katakan "TIDAK" pada mana-mana lelaki yang mempergunakan, memperalatkan wanita untuk mencapai apa yang mereka ingini. Bentengkan diri kita dengan hijab kerana wanita itu umpama permata yang menjadi rebutan setiap kaum adam. Biar kita tak 'glamour' dek nama yang sentiasa meniti di bibir lelaki kerana keseksian kita, tapi akhirnya menjadi mangsa mereka. Biar kita dikatakan kolot sebab tidak bergaul dengan lelaki, tapi yang penting kita pertahankan maruah kita.

Kedua, jangan biarkan diri ditindas lelaki yang durjana! Lembut biar bertempat, malu biar kena gayanya. Bersuara bila perlu, bangkit bila hak kita dan maruah kita dicabul. Islam tidak pernah menafikan hak dan kepentingan wanita, malah membela wanita dan menyanjung tinggi wanita.

Ketiga, tuntutlah ilmu sebanyak mungkin. Dengan ilmu nasib terbela. Dengan ilmu, kita tahu mana hak-hak kita bila kita tertindas. Jangan tewas pada orang yang sewenang-wenangnya menggunakan nama agama untuk menafikan hak wanita, sedangkan Islam itu sendiri memberikan hak yang seadil-adilnya kepada wanita sebagai isteri, ibu dan anak.


Wahai kaum Adam

Sedarlah dirimu itu pemimpin. Maka persiapkanlah dirimu itu selayaknya untuk memegang amanah Allah itu.

Wahai kaum Hawa

Ketahuilah, dirimu disanjung dan dimuliakan oleh Allah. Letakkanlah dirimu selayaknya supaya maruah dan kemuliaanmu tidak tercemar. Dirimu begitu berharga, jika Adam itu sudah tidak mampu menjadi pelindungmu, maka binalah perisai pelindung dirimu.


Semoga entri ini menjadi renungan bagi kita dalam mencari "pemimpin" dalam kehidupan kita di dunia dan akhirat..InsyaALLAH..wallahuallam :-)