Wednesday, 5 December 2012

Surat untukmu sahabat

 Wahai sahabatku...

Semalam bertarikh 4 Disember 2012 merupakan satu tarikh yang amat memilukan bagi ku.. Jalan yang aku ambik dengan berdiam diri mengundang parah kepada diri sendiri. Bukankah itu jalan yang amat di tuntut dalam Islam bila kita menghadapi masalah ??? Bukankah itu adalah jalan yang terbaik supaya kita tidak terus bercakap buruk mengenai orang lain??

IYA !!!

Namun, kenapa aku yang harus dipersalahkan? Ermm aku tidak akan berkata apa apa melainkan mendengar. Aku tidak akan marah dan tidak akan membela diriku. Adakah ini menunjukkan aku seorang yang baik?

TIDAK !!!

Aku tidak ingin membela diriku kerana sahabatku yang paling mulia dariku. Berkata la, bercakap la,,aku tidak akan sesekali membela diriku kerana aku hanya ingin mendengar luahan hatimu sahabat. Sahabat yang amat aku sayangi, sahabat yang lama dengan ku, sahabat yang bersusah senang denganku dan sahabat yang telah meninggalkanku.

Wahai sahabat........andai kerana engkau tidak tahu perkara sebenar dan engkau telah memutuskan ikatan antara kita, tidak akan aku memarahimu sahabat. Ini kerana, aku tahu abangmu yang paling penting dalam hidupmu. Tinggalkan lah diriku sahabat kerana aku memang tidak layak untuk bersahabat denganmu. Tetapi kenapa aku tidak akan meninggalkanmu???

Dzun Nun berkata, :

"Janganlah engkau bersahabat dengan Allah swt melainkan semata-mata dengan mengikut     perintahNYA, janganlah bersahabat dengan sesama makhluk melainkan dengan nasihat menasihati dan janganlah bersahabat dengan hawa nafsu melainkan dengan menyalahi atau tidak melayani kemahuannya."

Ucapanmu yang menyalahkan ku, kata kata mu yang menggunakan bahasa kasar dan ayat mu yang mengguris hatiku tidak akan aku persalahkan. Aku sangat sangat sedih sahabat. Sedih kerana engkau tidak tahu akan perkara yang sebenar dan engkau bercakap menggunakan amarahmu. Sedihmu turut aku rasai. Pernahkah engkau merasai sedihku wahai sahabat??

Engkau hanya nampak pada sebelah pihak. Engkau melihat sahabat tapi engkau tidak melihat dengan mata hatimu sahabat. Sedihnya ku sahabat. Engkau pergilah..pergilah..pergilah wahai sahabat...aku akan sentiasa mendoakanmu..Semoga Tuhan selalu menjaga dan merahmati kehidupanmu.. Kata katamu padaku,adakah aku akan memaafkan.

IYA !!!

Orang orang salaf ada yang berkata,:

"Baiklah engkau menerima sahaja alasan daripada kesalahan saudaramu itu sekalipun sampai 70 kali dalam satu perkara yang sama. Sekiranya pada suatu ketika hatimu tidak ingin lagi menerima alasannya, maka yang buruk adalah hatimu sendiri. Katakanlah pada dirimu sendiri, mengapa engkau sekeras itu, mengapa sekasar itu sikapmu. Baru 70 kali sahaja sudah tidak engkau hiraukannya. Jadi, yang busuk itu adalah hatimu dan bukanlah sahabatmu itu".

Ahnaf pula berkata :

"Hak seseorang sahabat ke atas dirimu ialah supaya kamu suka menahan tiga perkara, iaitu tahan menghadapi kemarahannya, tahan menghadapi perubahan keadaan dan tahan menghadapi penganiayaan."

Biarlah Tuhan menjagamu, biarlah Tuhan yang mendengar isi hatimu dan biarlah Tuhan memberikan kegembiraan kepadamu sahabat.

Engkau jagalah abangmu baik baik wahai sahabat kerana aku tahu dia lah satu satunya abang yang engkau ada..Izinkan aku melihat dirimu dari jauh sahabat.

Rasulullah saw bersabda :

"Apabila salah seorang daripada kamu mencintai saudaranya, hendaklah ia memberitahunya."

                                                                     (Riwayat oleh Abu Daud, Tirmidzi, Hakim dan lain lain)

              Untukmu wahai sahabat...





Selamat tinggal sahabat ~

Sunday, 2 December 2012

Wedding ~


Barakallah hulakuma wabaroka alaikuma ~ wajama'a bainakuma filkhair~

Yuuuhuuu selamat pengantin baru untuk sahabat karib saya yang tersayang!!!! hehe Im happy for you darling, "may GOD bless u and merahmati kehidupan berumahtangga hingga ke akhir hayat..amin"

This entry wedding im writing special for my young sister, Asmawarhamni Kamaruddin and her husband.. Congratulation dear :-)

Majlis yang berlangsung pada 17 November 2012. Maaf sahabat saya tidak dapat dapat ur wedding.. Antara kami adik beradik 7 tujuh orang, asma adalah orang pertama yang kahwin. Kira paling "advance" ler dari kami kami semua walaupun hakikatnya diorang baru aje berkenalan dan mengambil keputusan terus bertunang dan seterusnya melangsungkan perkahwinan ~ Alhamdulillah, itulah CINTA daripada ALLAH swt..

Usia berkenalan bukan menjadi ukuran untuk kita mengetahui dan mengenali suami kita kawan-kawan semua tapi pengambilan cara yang bijak dengan "kahwin" adalah cara yang palinggggggggg baik untuk kita mengenali dengan lebih dekat suami atau jodoh yang datang daripada Allah swt ~ InsyaAllah

Bagi saya apa yang diperlukan dalam sebuah "mahligai" (perkahwinan) ialah saling berkasih sayang dan bertolak ansur. Cewahhh!!! bagi nasihat cam orang dah kahwin lak an?? hihihihi Actually saya selalu tengok my sister's and my brother's hehe.. Almost of them olready married !!! So, apa yang baik saya ambik sebagai pengajaran dan yang buruk In Sha Allah akan di jauhkan apabila berumahtangga nanti ~ In Sha Allah

Bukan dalam perkahwinan sahaja kita perlu saling mencintai tapi di dalam persahabatan juga perlu begitu..

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :

     "Apabila salah seorang daripada kamu mencintai saudaranya, hendaklah ia memberitahunya."
                                                   
                                                             (Diriwayatkan oleh Abu Daud, Tirmidzi, Hakim dan lain-lain)

                                                     Majlis pembatalan air sembahyang

Sangat la indah dan secocok pasangan yang diciptakan oleh Allah swt ini ~ SubhanaAllah ~ Tuhan menciptakan kita saling berpasang pasangan antara lelaki dan perempuan.. Adam & Hawa, Yusuf & Zulaikha, Nabi Muhammad saw & Siti Khadijah ra, dan Asmawarhamni dan Aliasak..

Cemburu??? of course ler saya cemburu dengan diorang.. why??? sebab mereka dan sempurnakan agama mereka dengan berkahwin, saya pon nak jugak!!! nak jugak!! nak jugak!!! hihihihi.. In Sha Allah suatu hari nanti, doakan saya jugak supaya cepat cepat melangkah ke alam perkahwinan hihihi..

Berkahwin awal tidak menjadi masalah malah makin di tuntut oleh Agama kita. Yelah, melalui perkahwinan kita akan dapat mengjauhi zina dan syaitan akan menangis kerana tidak dapat lagi menggoda anak Adam.. Apabila kita semua mendirikan rumahtangga, syaitan akan berteriak dan menangis.. Biar padam muka syaitan!! ~

Ayuuuuuhhhh,.jom kahwin !!!!!!

Untuk Asma & Aliasak, sekali lagi congratulations both of you !!! cepat cepat dapat baby yea..chaiyok!!