Friday, 31 August 2012

Raya : Part 1

Assalamualaikum...

Hai and good evening everyone :-)

Tik tok tik tok Opsstt today already start first september..fuuullaweiii cepat sangat masa berlalu meninggalkan kita dengan seribu pengajaran dan pembelajaran hari hari yang di lalui.. Hopefully u ollz have a great day !! <3

wakeup !! wakeup !!! wakeup !!! eh2 kenape kena bangun lak nie?? hihihi yelah siapa2 yang tidor tak amik wuduk tuh, bagus la amik dulu sebabnya ialah mana kita tahu bila ajal kita akan sampai and semoga Para Malaikat menjaga kita ketika kita sedang tidor, tak gituu mak jemah?? hahaha

Today also dah 14 syawal, sudah seminggu umat Islam menyambut kemenangan setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan..Syukur alhamdulillah..

Pengisian entri pagi ini tepat jam 12:25 AM (jam di laptop saya ) jatuh pada hari sabtu bersamaan dengan 14 syawal adalah pengisian mengenai raya.. raya lagi kn?? hehe biasa lah, raya tahun nie tak begitu meriah sangat, yelah semua kakak2 dan abang2 saya balik raya ketiga, masing2 beraya di rumah mak mentua and bapak mentua masing masing. Raya ketiga barulah penuh umah Pak Long Tamboh haha :p

Untuk menulis entri ini memerlukan masa kerana terdapat beberapa perkara yang berlaku kepada saya. Dan syukur alhamdulillah saya dapat berfikir dengan waras untuk menyelesaikannya..Semua adalah kehendak dari ILAHI..Saya berharap ketenangan saya perolehi ini akan menjadi milik saya selama lamanya..InsyALLAH dengan IzinNYA. amin3

Untuk raya tahun ini hanya kami bertiga., me, my sister and my brother only. Yelah semua ni belum kahwin lagi hehe jadi beraya laa di kampung (lum ader umah mak mentuee lagi, yehee :p). Dan alhamdulillah pada malam raya barulah abang saya yang sulung sampai, katanya beraya bersama kami. Syukur alhamdulillah. Masih Allah swt memberikan kami kebahagiaan dan kegembiraan menyambut syawal dalam keluarga besar walaupun arwah mak dan ayah telah tiada (semoga arwah di tempatkan dalam kalangan orang beriman,amin).


Raya pertama :





Gambar gambar ini di ambil di rumah nenek saya di kampung Teluk Menara. so siapa siapa yang tinggal sana, kenal rumah ini, jemput laa datang ye :p heheee .. Gambar di atas, bersama dengan sepupu sepupu dan anak anak..


Ini adalah satu satunya rumah kawan yang saya pergi beraya hahaha. Kawan yang di maksudkan yang pakai tudung merah tuh hehe..Rumah dia sebelah rumah my nenek ajew, so cepat je sampai rumah dia. Rumah lain jauh kit..Lagipun rumah dia ni jalan 3,4,5 langkang terus sampai.

................................................. to be continue ........................................................................

            Selamat hari raya maaf zahir batin..:-)









Monday, 27 August 2012

oh lelaki

Assalamualaikum wbt..

Long time not see my blog..i miss so much blogging..heh heh hehe


Hari ini tetiba hati terdetik mahu mencoretkan sesuatu tentang "LELAKI".. kenapa saya pilih title ini as my writing??? kenapa saya rasa perlu untuk saya mengetahui apa peranan yang di mainkan oleh lelaki dalam kehidupan, dalam agama dan dalam wanita yang di cintai (isteri) dan dot dot dot...


Ehmm ada sesuatu yang saya pelajari mengenai "LELAKI" dalam masa 2 hari ini. Ia betol betol mencabar saya sebagai seorang wanita, mencabar kesabaran saya dan ketabahan saya dan juga keimanan saya huhuhu Syukur alhamdulillah kawan kawan sekeliling banyak menyokong dan memberi nasihat yang bernas dan menenangkan saya.. Syukran jizyan :-)





Dalam Al-Quran ada menyebut :

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka..." (al-Nisa', 4:34)

Jika di teliti melalui ayat di atas, betapa besarnya peranan dan amanah yang telah Allah swt berikan kepada kaum lelaki dalam menjadi seorang pemimpin pada seorang wanita. LELAKI perlu mendidik wanita dengan sebaik-baik didikan. Bukan dengan mempermainkan wanita melalui perasaan halus wanita dengan kata-kata yang manis dan untuk mengambil kesempatan kepada wanita tersebut. 

Didik lah..Didik lah..Didik lah.. permaisuri hidupmu wahai pemimpin keluarga!

Betapa Allah swt telah memberikan kepercayaan kepada LELAKI untuk memikul amanah itu kerana beberapa kelebihan yang telah Allah swt berikan kepada LELAKI tidak pada wanita. Namun, hari ini, adakah lelaki berperanan sebagai pemimpin dan adakah wanita juga telah menjalankan peranan sebagai orang yang dipimpin?? Ayuh kita muhasabah diri !!!

LELAKI ITU SEPATUTNYA PEMIMPIN, BUKAN DIKTATOR ! 

Allah swt telah memuliakan lelaki sebagai pemimpin kepada kaum wanita. Peranan lelaki sebagai suami, ayah, abang dan anak itu adalah sebagai pelindung kepada wanita-wanita di bawah tanggungjawabnya. Antara peranan lelaki dalam melindungi wanita dalam keluarganya :

■Memastikan prinsip Islam terlaksana dalam keluarga.
■Menjadi teladan yang baik.
■Memastikan komunikasi yang baik dalam keluarga.
■Memastikan keluarga terhindar dari azab neraka.


"Hai orang-orang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka.." (At-Tahrim, 66:6)

Namun, bagaimana seharusnya lelaki sebagai pemimpin, adakah umpama diktator yang hanya memberi arahan? Tidak sama sekali! Islam tidak pernah memuliakan lelaki sebagai pemimpin dengan tujuan supaya ia dapat menindas kaum perempuan. Malah Islam telah menganjurkan lelaki supaya berlemah lembut dengan wanita.

Misalnya, suami diangkat sebagai ketua keluarga, namun Islam tidak menidakkan hak isteri untuk berbincang dan memberi idea atau pendapatnya. Islam meletakkan hak pada suami untuk memukul isteri, namun ia adalah jalan terakhir dan dilakukan dengan penuh hikmah. Bahkan Rasulullah sendiri menganjurkan supaya berbuat baik dengan isteri.

Terbaru di dada akhbar, kekasih membakar kekasihnya hidup2!!!! Astagfirullah al-azim..apakah dunia sekarang?? Begitu kah yang dikatakan peranan lelaki kepada wanita? Begitukah cara islam mengajar kita dalam menjalinkan hubungan di antara lelaki dan perempuan? TANYA LAH IMAN !! Jauhnya Islam tersasar dalam diri kita yang sebenar.. Moga kita semua jauh daripada melakukan perkara yang sedemikian.. Nauzubillah..

Sesungguhnya, wanita itu satu amanah dari Allah, maka lindungilah ia kerana ia jua sebahagian dari lelaki.

"Wahai manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada kedua-duanya Allah mengembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak" (Surah Al- A'raf:189)

Wahai wanita, binalah perisai pelindung dirimu!

Hakikatnya, kita mengakui bahawa wanita dan lelaki itu saling melengkapi. Jika lelaki itu memang menjadi pelindung, namun apakah kita sebagai wanita sendiri hanya bergantung pada pelindung itu tanpa mahu berusaha membina perisai pelindung diri sendiri?

Hakikatnya, perlu ada gabungan lelaki yang menjadi pelindung dan jua wanita yang utuh menghijab diri untuk melindungi dirinya.'It takes two to tango'.


Lalu, bagaimana untuk wanita membina perisai pelindung?

Pertama sekali, berani untuk katakan "TIDAK" pada mana-mana lelaki yang mempergunakan, memperalatkan wanita untuk mencapai apa yang mereka ingini. Bentengkan diri kita dengan hijab kerana wanita itu umpama permata yang menjadi rebutan setiap kaum adam. Biar kita tak 'glamour' dek nama yang sentiasa meniti di bibir lelaki kerana keseksian kita, tapi akhirnya menjadi mangsa mereka. Biar kita dikatakan kolot sebab tidak bergaul dengan lelaki, tapi yang penting kita pertahankan maruah kita.

Kedua, jangan biarkan diri ditindas lelaki yang durjana! Lembut biar bertempat, malu biar kena gayanya. Bersuara bila perlu, bangkit bila hak kita dan maruah kita dicabul. Islam tidak pernah menafikan hak dan kepentingan wanita, malah membela wanita dan menyanjung tinggi wanita.

Ketiga, tuntutlah ilmu sebanyak mungkin. Dengan ilmu nasib terbela. Dengan ilmu, kita tahu mana hak-hak kita bila kita tertindas. Jangan tewas pada orang yang sewenang-wenangnya menggunakan nama agama untuk menafikan hak wanita, sedangkan Islam itu sendiri memberikan hak yang seadil-adilnya kepada wanita sebagai isteri, ibu dan anak.


Wahai kaum Adam

Sedarlah dirimu itu pemimpin. Maka persiapkanlah dirimu itu selayaknya untuk memegang amanah Allah itu.

Wahai kaum Hawa

Ketahuilah, dirimu disanjung dan dimuliakan oleh Allah. Letakkanlah dirimu selayaknya supaya maruah dan kemuliaanmu tidak tercemar. Dirimu begitu berharga, jika Adam itu sudah tidak mampu menjadi pelindungmu, maka binalah perisai pelindung dirimu.


Semoga entri ini menjadi renungan bagi kita dalam mencari "pemimpin" dalam kehidupan kita di dunia dan akhirat..InsyaALLAH..wallahuallam :-)

Saturday, 11 August 2012

Ramadhan terakhir

what'zupp u ollz???

woww today have a nice day, right??? hmm cuaca pon boleh tahan ok di kuantan nie..mendung jea..bulan baik, hari yang baik and moga di berkati selalu.. InsyaALLAH.

So, macam mana dengan persiapan raya? dah ciap semua ke? mesti korang dah prepare kan tuk raya. Lagi seminggu je lagi kita berpuasa. Ramadhan akan melabuhkan tirainya..Sekejap je masa berlalu, pejam celik pejam celik lagi, tuuuppp dah nak habis pon bulan ramadhan.

Ermm seperti tahun sebelum nie,my preparing for raya, macam dulu2 ler..secara sederhana..it better dari membazir yang entah pape beli kan3 hihi..

Masa shopping tuk raya kan, wow penuh orang di KP (kuantan parade) and di cc kuantan..para ibu ayah dengan anak2 sakan berbelanja tuk membeli barang keperluan raya..betapa meriahnya mereka..saya sukee sangat2 tengok keadaan yang happy cam tuh tau hihihi..

so, semoga sume enjoy ye dengan!!

jangan hanya sibuk dengan persiapan raya taaaaapiiii persiapan untuk 10 malam terakhir ramadhan ni perlu jugak di lakukan..

Ampun maaf di pinta..


Sunday, 5 August 2012

kesibukan melanda :-)

Asssalamualaikum...


Good afternoon everyone !! hmm dah lama kn tak jenguk my blog nie..i miss blogging so much !! but 2 minggu yang lalu saya sangat la sibuk dengan kerja..so, sekarang nie pun tengah buat keje wlaupun hari ini hari ahad.. walahweiii nasib la kan..ini lah yang dikatakan kehidupan manusia..


opsstt u ollz guys ok?? hopefully ok and sihat alhamdulillah selalu ye.. amacam bulan ramdhan tahun nie??? mesti gempak punyer kan beribadah kepada Tuhan yang satu hihi..bulan yang penuh keberkatan ini kenalah isi dengan aktiviti yang berfaedah..x gitu mak jemah??? hahaha


bercakap mengenai aktiviti yang berfaedah, my department anjurkan Tadarus Al-Quran untuk semua staf..yelah bagi memenuhi masa lapang supaya tidak dibazirkan dengan benda yang tidak membawa ganjaran pahala yang memadai..tol tak?? hihi . Alhamdulillah banyak saya dapat manfaat daripada pengajian Tadarus Al-Quran ini..so far alhamdulillah..


Minggu lepas berlangsungnya program AKPK untuk department eye clinic sahaja..Program ini adalah untuk menguruskan kewangan dengan lebih berhemat dan mempunyai saving yang cukup untuk masa depan. So, so many advantage from this programme. Disebabkan program ini saya dah ada plan for my future hihihi {agak2 ape yeee hihihi }..




Ini pendaftaran untuk semua staff sebab ada mata merit.. jadi semua dikehendaki menandatangani borang yang disediakan. Bahagian pendaftran ini dikendalikan oleh rakan saya, Liza.. yang tengah tandatangani tu, my supervisor tau, kak yamie.. and yang tengah betulkan tudung tu, Fatin {sama umur k} thats why tak ada panggilan "kak" di depan hihihi.. Fatin nie assistant medical officer.



Sempena bulan puasa ini juga, ada majlis berbuka puasa bersama staff semua..majlis ini dirancang awal lagi sebelum puasa. so, inilah hasilnya .....


Di bulan baik ini , sama-samalah kita merebut peluang yang diberikan. Pakat kumpul pahala banyak-banyak sebelum Ramadhan berakhir..lagi 2 minggu lagi tau Ramadhan nak tutup tirainya.. Terlalu cepat masa berlalu sekarang, itu semua kita kena hadapi dengan penuh ketabahan dan kesabaran.


Tahun ini Ramadhan betul-betul menguji keimanan dan ketakwaan saya terhadapNYA.. Saya sedar akan itu, semoga DIA yang satu terus memberi saya kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi dugaan yang telah diturunkan untuk saya, amin InsyaALLAH..