Thursday, 31 May 2012

senYum Laa :-)

 assalamualaikum w.b.t.


gooD Morning everyone hehe :-) mulakan pagi ini dengan niat yang betul, nawaitu yang baik ~ amin ~ , memulakan sesuatu dengan bismillah, berjalan dengan penuh sopan dan tidak sesekali sombong ye :-) hehe .. ini bumi Allah swt, dan semuanya adalah Allah swt yang punya..so, beringat laa..sombong itu tidak perlu dalam kehidupan kita sebagai khalifah di atas muka bumi ini..


alhamdullilah, hari nie dah masuk 1 jun 2012, bersamaan 11 rejab.. syukur alhamdulillah, sya masih di panjangkan umur, masih di beri nikmat, masih di beri pinjaman nyawa, masih diberi nafas untuk bernyawa... syukur alhamdulillah~


hari ini just mau berkongsi serba sedikit ilmu yang diberikan lebih olehNYA mengenai "SEBUAH SENYUMAN" hehehe :-)  aikk, lum pape lagi, dah senyum ke?? hihihihi  




siti  : " eh, mariam kenapa awak nampak muram je arinie?"


mariam : "hmm saya..saya ada masalah kewangan la siti. saya tak tahu dah di mana mahu cari duit untuk tampung duit beli buku nie?"


siti : "oh, patut la muka awak muram je. jangan risau mariam, saya boleh bantu. dah-dah jangan buat muka macam tu lagi. macam sembelit je saya tengok..hahahaha"


mariam : "ishh awak nie, ada-ada je. saya ada masalah mestilah saya muram dan sedih. saya anak orang miskin bukannya anak orang kaya.lagipun ayah saya dah pencen, mak pulak ambil upah menjahit baju jea. hidup saya susah hmm (mengeluh)"


siti : "Tuhan sangat sayang awak. DIA bagi awak jadi orang miskin bukan kerana nak awak selalu mengeluh, tapi kerana DIA tak mahu awak sombong dan angkuh dibumi DIA ini..fikir positif mariam. jangan kerana masalah kewangan awak, awak bermuram durja. itu takkan dapat menyelesaikan masalah. cuba awak senyum, InsyALLAH awak akan rasa tenang dan dipermudahkan.


mariam : "iyaa, saya tahu siti. tapi masalah saya nie sangat berat. hmm baik lah, saya akan senyum. macam yang awak nak saya lakukan hihihi :-)


siti : "haaa that's my frend hehe, senyum selalu ok. bila awak senyum, awak akan rasa lega dan tenang walaupun hakikatnya awak ada masalah. jangan beratkan otak awak tu dengan masalah. kalau awak senyum, masalah akan jadi small matter..believe me, ok? senyuuuuumm :-) hihi


mariam : "hehehe iya, terima kasih siti. awak dah banyak tolong saya. saya akan ingat nasihat awak. akan selalu tersenyum hehe. terima kasih ye siti :-0 hehehe


siti : "yang penting awak kena selalu senyum, ok? 


mariam : "ok siti"






... SENYUMAN...amat penting dalam hidup, believe it or not??? macam ceta siti dan mariam kat atas jugak. melalui senyuman, orang akan nampak kita nie gembira walaupun dalaman sedih, melalui senyuman orang akan tau kita nie "happy good lucky" hehe, melalui senyuman juga dianggap sedekah dan menandakan bahawa kita tidak sombong.


namun, ada juga yang menyalah tafsirkan senyuman yang kita berikan. ada kata "senyum perli" la, ada kata "senyum dibuat-buat" dan macam2 laa kan3? tidak usah hirau pada pandangan mereka itu, yang penting kita senyum dengan ikhlas dan kerana ALLAH swt (lillahi' ta'ala).


di sebalik sebuah senyuman, terdapat kebaikan, antaranya ialah :


1) orang yang murah dgn senyum akan jauh drpd stres kerana dia terhindar drpd penyakit ketegangan. jantungnya akan berdetak normal. peredaran darahnya akan mengalir dengan baik dan membuatkan dia awet muda.


2) senyum hanya menggandakan 17 otot wajah, sementara kemarahan menggunakan 32 otot wajah. inilah salah satu sebab mengapa wajah terkadang di lihat cepat tua bagi orang yang jarang tersenyum.


3) senyuman yang diakhiri dgn ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser.


4) senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan seseorang.


5) senyum tulus adalah senyum yg lahir dari hati yg paling dalam, dari kerinduan ingin membahagiakan orang lain, dari kerinduan menghormati dan memuliakan orang lain. orang tersenyum dgn tulus, otot wajah yg disebut orbicularis oculi merangsang kontraksi, kerutan di seluruh muka. berbeza dgn seseorang yang tersenyum palsu, maka otot wajahnya tidak akan bergerak.


jadi..sama-sama lah kita sedekah.. sedekah yang paling senang, tanpa mengeluarkan wang ringgit, tanpa was-was dan di jamin halal (ada cop halal ke ~ngee ngee~~) hehehe.. iaitu dengan sebuah senyuman...


Saturday, 26 May 2012

Duhai hati

                       assalamualaikum w.b.t...


im back !!!! yihaaaa hehe :p tiba-tiba malam ni rasa mahu meluah gituu kihkih (cm jiwang laa plok hoho) ... alhamdulillah sya masih dipanjangkan umur olehNYA, masih berbumbungkan langit, berdindingkan angin dan berlantaikan tanah.. masih di terima di bumi Allah swt ini, syukur sangat...


hati ???? ada apa dengan hati.. debuk dada tanya laa hati hihihi.. semua manusia di kurniakan hati, samada hati yang bersih mahupun hati yang kotor. apa yang kita lakukan bermula dengan niat di hati, teguhkan iman dan melaksanakan sesuatu dengan penuh keikhlasan ...juga di hati..


siapa yg menilai hati kita??? samada baik atau jahat, bersih atau kotor? iyaa, DIA yang maha mengetahui..mengetahui apa yg kita rasakan di lubuk hati kita ini. Ada kata-kata yang menyatakan "usah peduli dengan pandangan orang lain kerana Allah yang menilai setiap tindakan kita" ... 


~terangi hati kita~


         ayuhh..sama2 kita menadah tangan kita........amin


tempat hati meluah? yup, 1001% di facebook!!..macam macam status yang saya baca melibatkan hati.. samada suka, sedih, sayang, rindu, marah, benci dan ada juga yang maki hamun huhuhu (nauzubillah, mntk dijauhkan)..


saya mahu berkongsi : seorang hamba Allah swt ini selalu meng'update" kn status beliau dengan kata-kata cinta di tujukan kepada sidia..mula-mula baca tu ok lg, tapi kalau dah tiap-tiap saat di "update" dengan status yang macam itu, menyampah sangat2..bukan nak cemburu tetapi sakit mata nie hihihi..seorang perempuan melakukan begitu demi seorang lelaki yang belum tentu menjadi miliknya, belum tentu menjadi suaminya, belum tentu pemilik tulang rusuknya, belum tentu jodoh yang ditetapkan oleh Allah di mahfuznya..


    jadi kenapa sampai lakukan seperti itu..sampai merayu pada seorang lelaki untuk menghubungi, sampai merayu untuk di rindui, sampai merayu untuk di terima cintanya... iyaaa, sya juga insan yang sedang bercinta, sya faham situasi yang di alami beliau..tapi yakin laa, bila Allah swt dah tetapkan jodoh untuk kita..DIA akan temuikan pemilik tulang rusuk kita satu hari nanti..sekuat mana pun kita setia, seteguh mana pun kasih kita, jika dia bukan jodoh kita, kita tetap akan berpisah..hidup kita adalah milik Allah swt.


                  hati kita milik Allah swt


 percaya laa dengan apa yang di tetapkan oleh Allah swt kerana DIA tidak akan mengecewakan hambanya..


saya pinjam kata-kata farah lee:


       "Tuhan tidak akan bagi apa yang kita mahu tetapi bagi apa       yang kita perlukan"


tak salah bercinta tetapi tetapkan bahawa orang yang dicintai kelak akan membimbing kita, akan menjadi imam dalam solat kita, akan menjadi ketua keluarga yang kita mahukan (weheeeee, saya pun mahu :-) insyAllah, Tuhan akan permudahkan apa yang kita mahukan, ~ kunfayakun~ 


hati perlu ke taubat???? i think should be ~` ngee ngee... so, jom kita bertaubat dalam apa jua dosa yang kita lakukan, bermula daripada taubat hati (niat-taubat nasuha) dan seterusnya taubat dengan tidak melakukannya lagi..insyAllah kita akan merasa tenang dan dirahmati..


~ amin ~

Monday, 21 May 2012

bulan rejab

                                                       

                                                            assalamualaikum w.b.h
apa kabar sume? hrap sume kwn2 dalam keadaan baik hndakNYA amin.. yg smbut hari lahir yg jtuh pada hari ini, sya mengucapkan slmat ulangtahun...yg x shat tu..jgn lupa mkn ubat ye ., please take care of ur self.

alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, sya masih di pnjangkn umur, diberi kesempatan untuk merasa nikmatNYA, msih diberi peluang untuk mencari hidayah dariNYA..masih di berikan kesempatan untuk menunaikan ibadat fardhu ain dan kifayah..

hari ini selasa 22.5.2012 telah masuk bulan rejab dalam islam.. 1 rejab.. subhanAllah banyak fadilat yang terdapat di bulan yang penuh berkat ini...

         Rasulullah saw :
                    "rejab adalah bulan Allah, syaaban adalah bulan ku, manakala ramadhan adalah bulan umatku"

selain itu, bulan rejab juga dipanggil bulan "istighfar".. imam syafiie rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, Allah swt bukakan pintu langit, dan salah satunya adalah pada malam satu rejab.. antara lain yang kita boleh lakukan dalam bulan rejab ini ialah, banykakkan istighfar, minta ampun daripada Allah swt..yang paling bagus sekali adalah "sayyidul istighfar" bermula pada malam 1 rejab..


antara fadilat berpuasa di bulan rejab ialah




 Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus)* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.*Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yangmenghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).


  1. *Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripadapenyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

    * Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

    * Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

    * Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

    * Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

    * Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

    *Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparanperhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di harikiamat.

    * Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapatmelihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahiAllah di dalam syurga.

    * Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab,dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahima.s dan Nabi Allah Adam a.s.

    * Puasa 20 hari pada bulan Rejab,diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barangyang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

    Berkata Saidina Ali:

    * Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
    * Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
    * Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

..ruginya kita apabila kita tidak pandai merebut peluang yang telah Tuhan berikan kepada kita..gunakanlah nikmat kesihatan yang baik ini untuk terus melakukan ibadat hanya kepada Allah swt..

      waallah'hualam...