Assalamualaikum wbt..
Long time not see my blog..i miss so much blogging..heh heh hehe
Hari ini tetiba hati terdetik mahu mencoretkan sesuatu tentang "LELAKI".. kenapa saya pilih title ini as my writing??? kenapa saya rasa perlu untuk saya mengetahui apa peranan yang di mainkan oleh lelaki dalam kehidupan, dalam agama dan dalam wanita yang di cintai (isteri) dan dot dot dot...
Ehmm ada sesuatu yang saya pelajari mengenai "LELAKI" dalam masa 2 hari ini. Ia betol betol mencabar saya sebagai seorang wanita, mencabar kesabaran saya dan ketabahan saya dan juga keimanan saya huhuhu Syukur alhamdulillah kawan kawan sekeliling banyak menyokong dan memberi nasihat yang bernas dan menenangkan saya.. Syukran jizyan :-)
Dalam Al-Quran ada menyebut :
"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka..." (al-Nisa', 4:34)
Jika di teliti melalui ayat di atas, betapa besarnya peranan dan amanah yang telah Allah swt berikan kepada kaum lelaki dalam menjadi seorang pemimpin pada seorang wanita. LELAKI perlu mendidik wanita dengan sebaik-baik didikan. Bukan dengan mempermainkan wanita melalui perasaan halus wanita dengan kata-kata yang manis dan untuk mengambil kesempatan kepada wanita tersebut.
Didik lah..Didik lah..Didik lah.. permaisuri hidupmu wahai pemimpin keluarga!
Betapa Allah swt telah memberikan kepercayaan kepada LELAKI untuk memikul amanah itu kerana beberapa kelebihan yang telah Allah swt berikan kepada LELAKI tidak pada wanita. Namun, hari ini, adakah lelaki berperanan sebagai pemimpin dan adakah wanita juga telah menjalankan peranan sebagai orang yang dipimpin?? Ayuh kita muhasabah diri !!!
LELAKI ITU SEPATUTNYA PEMIMPIN, BUKAN DIKTATOR !
Allah swt telah memuliakan lelaki sebagai pemimpin kepada kaum wanita. Peranan lelaki sebagai suami, ayah, abang dan anak itu adalah sebagai pelindung kepada wanita-wanita di bawah tanggungjawabnya. Antara peranan lelaki dalam melindungi wanita dalam keluarganya :
■Memastikan prinsip Islam terlaksana dalam keluarga.
■Menjadi teladan yang baik.
■Memastikan komunikasi yang baik dalam keluarga.
■Memastikan keluarga terhindar dari azab neraka.
"Hai orang-orang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka.." (At-Tahrim, 66:6)
Namun, bagaimana seharusnya lelaki sebagai pemimpin, adakah umpama diktator yang hanya memberi arahan? Tidak sama sekali! Islam tidak pernah memuliakan lelaki sebagai pemimpin dengan tujuan supaya ia dapat menindas kaum perempuan. Malah Islam telah menganjurkan lelaki supaya berlemah lembut dengan wanita.
Misalnya, suami diangkat sebagai ketua keluarga, namun Islam tidak menidakkan hak isteri untuk berbincang dan memberi idea atau pendapatnya. Islam meletakkan hak pada suami untuk memukul isteri, namun ia adalah jalan terakhir dan dilakukan dengan penuh hikmah. Bahkan Rasulullah sendiri menganjurkan supaya berbuat baik dengan isteri.
Terbaru di dada akhbar, kekasih membakar kekasihnya hidup2!!!! Astagfirullah al-azim..apakah dunia sekarang?? Begitu kah yang dikatakan peranan lelaki kepada wanita? Begitukah cara islam mengajar kita dalam menjalinkan hubungan di antara lelaki dan perempuan? TANYA LAH IMAN !! Jauhnya Islam tersasar dalam diri kita yang sebenar.. Moga kita semua jauh daripada melakukan perkara yang sedemikian.. Nauzubillah..
Sesungguhnya, wanita itu satu amanah dari Allah, maka lindungilah ia kerana ia jua sebahagian dari lelaki.
"Wahai manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada kedua-duanya Allah mengembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak" (Surah Al- A'raf:189)
Wahai wanita, binalah perisai pelindung dirimu!
Hakikatnya, kita mengakui bahawa wanita dan lelaki itu saling melengkapi. Jika lelaki itu memang menjadi pelindung, namun apakah kita sebagai wanita sendiri hanya bergantung pada pelindung itu tanpa mahu berusaha membina perisai pelindung diri sendiri?
Hakikatnya, perlu ada gabungan lelaki yang menjadi pelindung dan jua wanita yang utuh menghijab diri untuk melindungi dirinya.'It takes two to tango'.
Lalu, bagaimana untuk wanita membina perisai pelindung?
Pertama sekali, berani untuk katakan "TIDAK" pada mana-mana lelaki yang mempergunakan, memperalatkan wanita untuk mencapai apa yang mereka ingini. Bentengkan diri kita dengan hijab kerana wanita itu umpama permata yang menjadi rebutan setiap kaum adam. Biar kita tak 'glamour' dek nama yang sentiasa meniti di bibir lelaki kerana keseksian kita, tapi akhirnya menjadi mangsa mereka. Biar kita dikatakan kolot sebab tidak bergaul dengan lelaki, tapi yang penting kita pertahankan maruah kita.
Kedua, jangan biarkan diri ditindas lelaki yang durjana! Lembut biar bertempat, malu biar kena gayanya. Bersuara bila perlu, bangkit bila hak kita dan maruah kita dicabul. Islam tidak pernah menafikan hak dan kepentingan wanita, malah membela wanita dan menyanjung tinggi wanita.
Ketiga, tuntutlah ilmu sebanyak mungkin. Dengan ilmu nasib terbela. Dengan ilmu, kita tahu mana hak-hak kita bila kita tertindas. Jangan tewas pada orang yang sewenang-wenangnya menggunakan nama agama untuk menafikan hak wanita, sedangkan Islam itu sendiri memberikan hak yang seadil-adilnya kepada wanita sebagai isteri, ibu dan anak.
Wahai kaum Adam
Sedarlah dirimu itu pemimpin. Maka persiapkanlah dirimu itu selayaknya untuk memegang amanah Allah itu.
Wahai kaum Hawa
Ketahuilah, dirimu disanjung dan dimuliakan oleh Allah. Letakkanlah dirimu selayaknya supaya maruah dan kemuliaanmu tidak tercemar. Dirimu begitu berharga, jika Adam itu sudah tidak mampu menjadi pelindungmu, maka binalah perisai pelindung dirimu.
Semoga entri ini menjadi renungan bagi kita dalam mencari "pemimpin" dalam kehidupan kita di dunia dan akhirat..InsyaALLAH..wallahuallam :-)


No comments:
Post a Comment