Wednesday, 5 December 2012

Surat untukmu sahabat

 Wahai sahabatku...

Semalam bertarikh 4 Disember 2012 merupakan satu tarikh yang amat memilukan bagi ku.. Jalan yang aku ambik dengan berdiam diri mengundang parah kepada diri sendiri. Bukankah itu jalan yang amat di tuntut dalam Islam bila kita menghadapi masalah ??? Bukankah itu adalah jalan yang terbaik supaya kita tidak terus bercakap buruk mengenai orang lain??

IYA !!!

Namun, kenapa aku yang harus dipersalahkan? Ermm aku tidak akan berkata apa apa melainkan mendengar. Aku tidak akan marah dan tidak akan membela diriku. Adakah ini menunjukkan aku seorang yang baik?

TIDAK !!!

Aku tidak ingin membela diriku kerana sahabatku yang paling mulia dariku. Berkata la, bercakap la,,aku tidak akan sesekali membela diriku kerana aku hanya ingin mendengar luahan hatimu sahabat. Sahabat yang amat aku sayangi, sahabat yang lama dengan ku, sahabat yang bersusah senang denganku dan sahabat yang telah meninggalkanku.

Wahai sahabat........andai kerana engkau tidak tahu perkara sebenar dan engkau telah memutuskan ikatan antara kita, tidak akan aku memarahimu sahabat. Ini kerana, aku tahu abangmu yang paling penting dalam hidupmu. Tinggalkan lah diriku sahabat kerana aku memang tidak layak untuk bersahabat denganmu. Tetapi kenapa aku tidak akan meninggalkanmu???

Dzun Nun berkata, :

"Janganlah engkau bersahabat dengan Allah swt melainkan semata-mata dengan mengikut     perintahNYA, janganlah bersahabat dengan sesama makhluk melainkan dengan nasihat menasihati dan janganlah bersahabat dengan hawa nafsu melainkan dengan menyalahi atau tidak melayani kemahuannya."

Ucapanmu yang menyalahkan ku, kata kata mu yang menggunakan bahasa kasar dan ayat mu yang mengguris hatiku tidak akan aku persalahkan. Aku sangat sangat sedih sahabat. Sedih kerana engkau tidak tahu akan perkara yang sebenar dan engkau bercakap menggunakan amarahmu. Sedihmu turut aku rasai. Pernahkah engkau merasai sedihku wahai sahabat??

Engkau hanya nampak pada sebelah pihak. Engkau melihat sahabat tapi engkau tidak melihat dengan mata hatimu sahabat. Sedihnya ku sahabat. Engkau pergilah..pergilah..pergilah wahai sahabat...aku akan sentiasa mendoakanmu..Semoga Tuhan selalu menjaga dan merahmati kehidupanmu.. Kata katamu padaku,adakah aku akan memaafkan.

IYA !!!

Orang orang salaf ada yang berkata,:

"Baiklah engkau menerima sahaja alasan daripada kesalahan saudaramu itu sekalipun sampai 70 kali dalam satu perkara yang sama. Sekiranya pada suatu ketika hatimu tidak ingin lagi menerima alasannya, maka yang buruk adalah hatimu sendiri. Katakanlah pada dirimu sendiri, mengapa engkau sekeras itu, mengapa sekasar itu sikapmu. Baru 70 kali sahaja sudah tidak engkau hiraukannya. Jadi, yang busuk itu adalah hatimu dan bukanlah sahabatmu itu".

Ahnaf pula berkata :

"Hak seseorang sahabat ke atas dirimu ialah supaya kamu suka menahan tiga perkara, iaitu tahan menghadapi kemarahannya, tahan menghadapi perubahan keadaan dan tahan menghadapi penganiayaan."

Biarlah Tuhan menjagamu, biarlah Tuhan yang mendengar isi hatimu dan biarlah Tuhan memberikan kegembiraan kepadamu sahabat.

Engkau jagalah abangmu baik baik wahai sahabat kerana aku tahu dia lah satu satunya abang yang engkau ada..Izinkan aku melihat dirimu dari jauh sahabat.

Rasulullah saw bersabda :

"Apabila salah seorang daripada kamu mencintai saudaranya, hendaklah ia memberitahunya."

                                                                     (Riwayat oleh Abu Daud, Tirmidzi, Hakim dan lain lain)

              Untukmu wahai sahabat...





Selamat tinggal sahabat ~

Sunday, 2 December 2012

Wedding ~


Barakallah hulakuma wabaroka alaikuma ~ wajama'a bainakuma filkhair~

Yuuuhuuu selamat pengantin baru untuk sahabat karib saya yang tersayang!!!! hehe Im happy for you darling, "may GOD bless u and merahmati kehidupan berumahtangga hingga ke akhir hayat..amin"

This entry wedding im writing special for my young sister, Asmawarhamni Kamaruddin and her husband.. Congratulation dear :-)

Majlis yang berlangsung pada 17 November 2012. Maaf sahabat saya tidak dapat dapat ur wedding.. Antara kami adik beradik 7 tujuh orang, asma adalah orang pertama yang kahwin. Kira paling "advance" ler dari kami kami semua walaupun hakikatnya diorang baru aje berkenalan dan mengambil keputusan terus bertunang dan seterusnya melangsungkan perkahwinan ~ Alhamdulillah, itulah CINTA daripada ALLAH swt..

Usia berkenalan bukan menjadi ukuran untuk kita mengetahui dan mengenali suami kita kawan-kawan semua tapi pengambilan cara yang bijak dengan "kahwin" adalah cara yang palinggggggggg baik untuk kita mengenali dengan lebih dekat suami atau jodoh yang datang daripada Allah swt ~ InsyaAllah

Bagi saya apa yang diperlukan dalam sebuah "mahligai" (perkahwinan) ialah saling berkasih sayang dan bertolak ansur. Cewahhh!!! bagi nasihat cam orang dah kahwin lak an?? hihihihi Actually saya selalu tengok my sister's and my brother's hehe.. Almost of them olready married !!! So, apa yang baik saya ambik sebagai pengajaran dan yang buruk In Sha Allah akan di jauhkan apabila berumahtangga nanti ~ In Sha Allah

Bukan dalam perkahwinan sahaja kita perlu saling mencintai tapi di dalam persahabatan juga perlu begitu..

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :

     "Apabila salah seorang daripada kamu mencintai saudaranya, hendaklah ia memberitahunya."
                                                   
                                                             (Diriwayatkan oleh Abu Daud, Tirmidzi, Hakim dan lain-lain)

                                                     Majlis pembatalan air sembahyang

Sangat la indah dan secocok pasangan yang diciptakan oleh Allah swt ini ~ SubhanaAllah ~ Tuhan menciptakan kita saling berpasang pasangan antara lelaki dan perempuan.. Adam & Hawa, Yusuf & Zulaikha, Nabi Muhammad saw & Siti Khadijah ra, dan Asmawarhamni dan Aliasak..

Cemburu??? of course ler saya cemburu dengan diorang.. why??? sebab mereka dan sempurnakan agama mereka dengan berkahwin, saya pon nak jugak!!! nak jugak!! nak jugak!!! hihihihi.. In Sha Allah suatu hari nanti, doakan saya jugak supaya cepat cepat melangkah ke alam perkahwinan hihihi..

Berkahwin awal tidak menjadi masalah malah makin di tuntut oleh Agama kita. Yelah, melalui perkahwinan kita akan dapat mengjauhi zina dan syaitan akan menangis kerana tidak dapat lagi menggoda anak Adam.. Apabila kita semua mendirikan rumahtangga, syaitan akan berteriak dan menangis.. Biar padam muka syaitan!! ~

Ayuuuuuhhhh,.jom kahwin !!!!!!

Untuk Asma & Aliasak, sekali lagi congratulations both of you !!! cepat cepat dapat baby yea..chaiyok!!

Sunday, 25 November 2012

Genting Highland


 I'm miss blogging!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Apa khabar and assalamualaikum wbt.. alahai dah lama betol la tak blogging nie an? hehe so many thing yang berlaku..susah nak meluangkan masa untuk meng"update" apa yang berlaku..

Tapi.................................................
.
.
.
Bila nak menulis nie, banyak la pulak yang nak ditulis, sampaikan terfikir fikir.."camne nak stat nie.tajuk apa,apa yg menarik nk di kgsi".. hahahaha...

So, for the first after rest from blogging, saya nak ceta mengenai "percutian".. kena lupakan apa yang dah berlaku dalam hidup,just terus berjalan..berjalan..and berjalan..sampai la kita kena bercuti untuk me"release"kan tension dan menghiburkan diri.

Hujung minggu nie, saya dan keluarga pergi ke Genting Highland..owowwww so fantastic!! before this saya belum pernah lagi sampai ke Genting tau huhuhu so sad..Dulu family penah pergi sana tapi time tu saya ada exam..pergi lak time school..Umur dah lanjut nie baru la mak jemah dapat menjenguk ke Genting Highland tu hahaha.. im so happy and so excited!!! yeaaahhh...

2 hari 1 malam..walaupun singkat masanya tapi sangat seronok..bercuti pulak dengan family, so tak ada apa yang penting yang nak di fikirkan lagi hehe..Kami bertolak dari banting dalam jam 9.45am dan sampai ke sana dalam jam 1.05pm..saya?? Ermm saya nie tido jelah kejenyer dalam kete hahahaha saya as a co-pilot, tapi hampeh, tak ada bawak kepentingan apa apa pun hahahah buat taik mata jea tau..hikhikhik

Sampai jea sana, kami terus mencari hotel..Fuhh penuh di lobi Hotel..kami menginap di First World Hotel..harga bilik pon boleh tahan..dan pelancong sangat sangat la ramai..sesak beb!! so,masuk jea dalam bilik,kami hampar la surat khabar..apa lagi, nak makan la hahaha..punya la lapar..dalam kete asyik tidur jea,bangun je of course la lapar hehehe..

Sesudah makan, solat and turun bawah tengok permainan apa yang boleh main..tp hmmmmm hujan ler... so, tak dapat nak main permainan outdoor..so sad!!!

Kami pun naik bilik dulu, rehat and tidur sebab kami buat keputusan nak main malam..akak cakap baru la best.. Nak jadikan ceta, hujan turun dengan tidak hentinya huhuhu fikir punya fikir, akhirnya kami main yang indoor sahaja..tak apelah, bukan kita tahu nie yang jadi kan..so, main jelah..

First permainan yang main ialah co-croster..fuh melayang layang main..saya sangat la gayat! rasa gayat sangat sangat dan takot huhuhu..jantung macam nak jatuh jea..lutut terketar ketar hahaha lawak giler..tapi seronok u ollz..






Ini la antara permainan yang ada sana..indoor banyak tapi tak sempat nak amik gambar sebab saya kejar masa nak main..di peruntukkan 3jam sahaja tuk main..walaupun dalam tu sikit jea permainan tapi di sebabkan nak lepaskan gian, berulang kali saya main hahahah..best kan..

Petang tu kami pergi jalan jalan sekitar Genting,.nak pergi taman cendawan tapi tak dapat sebab penuh dengan manusia..jadi, kami pergi kat taman yang atas sekali..sangat la sejuk di atas tuh..




Dengan kabus bagai..fuhh sejuk giler!! sampai ke tulang beb hehe..walaupun dah pakai baju sejuk tapi tetap lagi sejuk huhu..tapi best sangat..

Keesokkan..

Dalam pukul 11 am , kami mula bertoak balik ke banting. Sebelum tu kami ke Sogo untuk shoping hahaha..seronok sangat, masa di habiskan dengan hiburkan diri..saya tak shoping banyak cuma beli minyak wangi and tudung..tudung memang wajib beli u ollz hehe..Dah lama mencari minyak wangi, so habiskan la duit untuk membeli minyak wangi hehehe...dah berpenat lelah dengan shoping, terus kami bertolak balik ke banting dan sampai rumah dalam pukul 4.30pm.. penat + letih + gombira + sakit kepala (perubahan cuaca).. Ingatkan sampai je rumah nak tido,tapi tak jadi la pulak..so layaannnnnnnn

Im so happy.......jumpa next story yang akan saya update nanti yea!!! muah muahh miss u ollz

~ happy always ~

Friday, 12 October 2012

World sight day 2012

                                                           Assalamualikum wbt..

Selamat pagi semua.. Happy weekend kt u ollz semua and for me too hehe.. whats the planning this weekend? wanna going out or just stay at home je.. Up to u ollz la yea. Yelah masing masing ada cara yang tersendiri untuk memanfaatkan masa di hujung minggu camnie kan hehe..so hope u ollz enjoy k..

Me?? Just rest kat umah jea.. tak tahu mahu keluar kat mana. Lagipun kat sini i dunt have frends to going out.. Just stay at home, do my work, reading book and enjoy enjoy sikit hehe.. Saya akan penuhkan hari minggu dengan keje yang bagi manfaat tuk diri saya hehe, hope u ollz too..

But for today,i want to story about the yesterday programme that is "World Sight Day 2012 (WSD)" at IIUM (international islamic university malaysia).

What is world sight day?

World Sight Day atau Hari penglihatan sedunia ialah salah satu sambutan tahunan yang tercatit di dalam kalendar World Health Organisation (WHO) untuk meningkatkan tahap kesedaran masyarakat dunia berkenaan dengan kebutaan, kecacatan penglihatan dan rehabilitasi kecacatan penglihatan. Sambutan ini sebenarnya telah dimulakan sejak tahun 2005 dan sedar tak sedar tahun ini merupakan sambutan yang ke 8 dan akan diadakan setiap minggu kedua pada bulan oktober. 

Hari penglihatan sedunia merupakan salah satu event utama yang menjadi usaha global melalui website Vision 2020: The Right To Sight yang dibangunkan oleh WHO bersama sama dengan International Agency for the Prevention Blindness (IAPB).


                                           Nie pamplet yang diedarkan kepada semua orang :p

Sangat sangat meriah sambutan WSD semalam. Semua yang datang berbanyak terima kasih kerana menyokong usaha kami dalam meningkatkan kesedaran tentang pengtingnya penjagaan kesihatan mata.

Ini lah kemeriahan sambutan WSD :


                                                    Semua yang hadir kena daftar dahulu

                                          Dan mereka yang datang disediakan breakfast, yumm


                                                     Checking the eye with VA and IOP

                  Terima kasih kepada semua yang sama sama menjayakan Hari Penglihatan Sedunia 2012


Saturday, 6 October 2012

Satu perubahan

                                                          Bismillah hirohmanirohim

Syukur alhamdulillah Engkau masih berikan aku nikmat dan rezeki yang halal, Syukur alhamdulillah Engkau masih kekalkan keimanan yang ada dalam diriku, Syukur alhamdulillah Engkau masih berikan aku pinjam nikmatMU..

Masih tertnya akan benda penting yang nak di habaq tu ka? hehehe. Saja ja cheq nak bagi hangpa tertunggu cikit hihihi boleh ka? Harap-harap boleh la na.. Harinie cheq nak habaq kat hangpa semua dengan menggunakan loghat kedah or perlis lak.. Mau mencuba guna bahasa ibunda orang len.. Orang perlis or kedah jangan marah na lau cheq guna bahasa hangpa salah hehe.. Tegur laa na lau salah :-) Peace youurss!

So, yang hangpa semua tertunggu tunggu apa yang penting yang cheq mau habaq tu adalah "satu perubahan". Eh eh perubahan lagu mana tu cheq? Tang bertudung ka, tang cakap ka (mentang-mentang guna loghat len kn kihkih) , tang ibadat ka, tang tung ka.. huiiii banyak benda naa yang kita leh berubah.. Tapi aqinie cheq mau habaq sal cakap jaa..

Awat lak dengan cakap, ada salah ka????

Eh ada laa..kita lanie banyak sangat duk cakap itu ini tapi penahkah kita duk sekojap mikir, apa yang kita cakapkan.. berguna ka? penting ka? baik ka?? Huiii macam macam pe'el laa.. Cheq tau la hangpa semua suka cakap, ye idop?? hehe iyeeee leteeewww hehe..

Kadang kadang kita banyak cakap benda yang tak penting pon kan. Macam bercakap sal orang lain..

Contohnya :

(Situasi 1)

Minah tu kena tangkap basah ka? dengan sapa? Oooo duda..eh2 teruk bebenoo pe'el si minah. Dengan duda pon mau ka. Eee malu laa aku ada anak macam minah tu.. Lagu mana laa mak pak depa jaga anak naa..teruk sangat laa eeeee malu tol..

=> Ini salah satu percakapan orang tua la naa, tol tak apa yang mak jemah habaq??

(Situasi 2)

Eh siti, ko tau tak yang si mira tu rampas pakwe minah tau ! aku dengar ceta si mira tu bertarik rambut dengan si minah..Ko rasa si adam tu nak ke kat dua ekor pepuan tu? aku rasa la kn, si adam tu main main je kat diorang..takkan lah adam tu nak kat pepuan miskin perangai hodoh camtu kan?

=> Ini adalah percakapan remaja..alaaa sal cintan cintun lerr..

Hangpa semua penah lalui ka tau idak?? Confirm 105 % penah kan..hehe Alaa benda nie semua orang penah buat..Dan begitu juga dengan cheq..Apa yang kita perlu buat selepas nie?? Dah rasa dalam hati *bersalahnyer cakap kat depaa semua lagu tu*.... penah ka kita buat pembetulan teruh kesalahan kita tu??

Nope !!! Jarang.. Cheq berani jamiiinn dengan hangpa semua yang jarang sangat ler orang nak baiki terus apa yang depa lakukan..Ada yang cakap "Eh xpa a,raya nanti aku mintak maaf la".. Penah ka kita terfikir, umur kita masih panjang ka?? Sempat ka kita idup sampai raya tahun depan tuk mintak maap dengan semua orang?? Cheq rasa kan, lau Tuhan nak tarik nyawa hangpa semua, confirm Tuhan tarik ja..Tiada dah nak habaq kat depa dulu..Tuhan cakap ja "K.U.N.F.A.Y.A.K.U.N." maka jadilah apa yang IA kehendakkan..

Untuk berubah, tiada apa yang perlu hangpa lakukan..Hanya tanam niat di hati "Aku mau berubah!".. Tak perlu lah hangpa nak berubah nak pi beli tudung baru ka, nak beli kain baru ka nak cukup kan kain yang tak cukup.. Tak perlu!! Yang hangpa semua perlu hanya NIAT dan ALLAH swt di sisi hangpa semua.. (cewaahhh cam ustakzah lok kihkih) .. Cheq bukan nak habaq cheq nie baik sangat kat hangpa semua, tapi cheq penah lalui semua tu..Hati cheq rasa gundah gulana, rasa tak tenteram, bila cheq cek semula apa cheq lakukan, sungguh!  cheq ada lakukan sesuatu yang Tuhan larang.. SubhanaALLAH semoga Tuhan ampunkan dosa dosa cheq, aminn..

Lau hangpa rasa tak tenteram, hangpa cek la hubungan hangpa dengan Tuhan dan dengan makhluk Tuhan..

Kita idup ini, kita tak tau la bila kita akan mati, ye idop?? Hangpa fikirlah yang terbaik tuk diri hangpa semua.. Hangpa jangan menyesal kemudian hari sudah laa naa..Dah tak berguna dah..

Hangpa tak payah la nak tunggu esok hari, kemudian hari, bila di bukakan hati, bila besar nanti, bila tua nanti, bila pergi haji nanti baru nak berubah.. Jangan laa.. Saat lanie jugak hangpa kita lakukan sesuatu dengan diri hangpa.. InsyaALLAH Tuhan selalu bersama hangpa semua..

"Jangan hitung berapa kali manusia menyakiti dan meninggalkanmu, tapi hitunglah berapa kali hangpa menyakita ALLAH swt tetapi DIA tidak penah meninggalkan hangpa".. Sama sama lah kita renungkan kata kata nie..

Nasihat ini bukan cheq tujukan semata mata tuk hangpa semua, tapi tuk diri cheq jugak naa..Cheq pon manusia biasa jugak cam hangpa semua laa..ada cheq lakukan silap dan salah.. Sama sama la kita berubah supaya hidup kita semua diberkati.. dan juga sama sama lah kita berdoa kepada Tuhan semoga dibukakan pintu hati mereka yang masih lalai, amin InsyaALLAH.. bila niat kita baik, Tuhan akan tolong permudahkan..Yakin dengan janji Tuhan..

Wallahuallam..



Sunday, 30 September 2012

Family day at Janda Baik

Assalamualaikum wbt..........

Happy sunday girls and boys... hehe

Today, free sesangat thats why laa i mau menulis nie kekeke :p .. so for introduction (cewah ada intro tuh kahkah) kita mulakan dgn lafaz Bismillah hirohmanirohim and assalamualaikum kpd sume .. hope everyone happy today and have a best day to getting the rest, ok???

Last week, saya dan all staff at eye clinic pergi Janda Baik tau.. hehe dunt jelelous k !!! hahaha.. Kami berada di sana selama 3 hari 2 malam.. The place, so nice and wonderful place.. sooooo cold !!! Hotel yang kami menginap betol-betol di atas Bukit.. berhampiran dengan kampung Janda Baik,. Berhampiran dengan air terjun, berhampiran dengan kebun-kebun, berhampiran dengan pokok, berhampiran dengan batu bata ahahaha sume lah berhampiran.. i very very like the place and InsyaALLAH i will be there again one day for honeymoon ke kan hahahahah (ceh gataiiiiii naaa)

Kami menginap di Hotel Cherengin Hills and convention and spa resort, Janda Baik, Pahang.. Hotel ini baru 2 tahun dibuka kepada sume, and the service i think is good!!! The room so clean and beautiful.. The food, delicious. U all can select the food but not really have a choices..maybe because the hotel baru lagi di buka kot.. For me, bukan senang nak bangunkan hotel yang baru di buka untuk memenuhi semua service yang ada di hotel lain..

From my view, this hotel very far from the city..and i think this for people to take a rest and relax their mind... All the staff yang kerja kat sana, kebanyakkan penduduk kampung yang berhampiran, because the housekeeping diorang adalah lelaki.. OMG!!! tak sangka kan lelaki boleh kerja as a housekeeping hihihi (leh jd caloooon tak mak jemah???? hahaha husband ??) hahahah !!! ...

They use van untuk amik pekerja dari rumah masing-masing utk pergi ke hotel.. so, pekerja merek disediakan transport untuk pergi kerja.. so easy,right??? Untuk sampai ke hotel, fuhhhh jalan bengkang bengkok tau..Naik bukit, turun bukit.. baru laa sampai kat hotel.. For me, bila diorang sediakan van as a transport so senang laa pekerja diorang nak datang kerja.. no more excuse untuk ponteng kn..tol tak?? hahaha

For u all can feel what i feel, so sila lah menjamu selera dengan gambar di bawah yea :p yiiihaaaaa enjoy mak jemah.. hahaha

Bak kata pepatah "Put ur self in my shoes".. jadi kita leh rasa pa yang org rasa hihihi..

                                                        Di puncak bukit, Janda Baik
                              kiteorang pi sana dengan bas UIA.. yang naik bas, 8 orang jea.. hehehe..


                                                  Ni adalah tempat makan kteorg.. Best..


                             For starting, just main-man air je..for the next, hmm terus terjun !!!! hehe





   From the top, antara sukaneka yang kami main.. sesangat la seronok and very enjoy each other..Sume hal       keje dilupakan..yang ada dalam otak, nak main sampai puas hati !! kihkihkih

 For night, we have a BBQ.. the theme is "Orang Kampung".



Before back, saya pergi jejalan with my frend to view around..bila jejalan tu kan, ya ALLAH seronok sesangat dapat tengok ciptaan Allah swt yang sangat indah huhu SubhanaALLAH.. Tuhan yang Maha Besar..









ok, thats it for today.. maybe next time saya akan tulis lagi k..

And for next time, i wanna sharing something important in our life..soooo wait k.. InsyaALLAH as long as impossible i will updated my blog..

Semoga Tuhan Merahmati kehidupan kita semua, aminnnn..

Thursday, 27 September 2012

Last for Raya

Bismillah hirohmanirohim..

I miss so much to blogging !!!! really really miss..

Take long time to write the last entry RAYA for my blog right?? hehehe.. Im really sorry because im buzy so much.. A lot of work i must done properly.. And Alhamdulillah ia sangat-sangat berbaloi for learn new something in my job..InsyaALLAH..

As a practical student in eye clinic specialist, give me "powerful" strength to learn and to face the problem and solve slowly.. My brain asik "foning-foning" tau huhu.. In clinic, i as a clinical manager, so many thing i must focus and must do something to my organization huhu..

So, for last my entry Raya, actually i didn't know how i want started story about my last raya. Even though dalam kepala otak nie banyak sangat nak cerita, but i have a job to do..so, just see my pic k kihkihkih..

This pic from my kampung beraya and from my clinic to celebrate Eid Mubarak..
Enjoy !!! hehehe




Gelagat anak anak yang dah nak balik umh masing masing hehe.. seronok weh!!! i love so much my family muahhh3.. love u all !!

And then, this pic from celebration Eid Mubarak at my clinic....












Hope u guys enjoy with this picture k !! im really happy and beryukur dgn apa yang dikurniaakan oleh Tuhan, alhamdulillah.. This is i want in my life.. more keberkatan dr Ilahi..

Semoga Syawal yg lalu memberi kita seribu satu keindahan, dan sama-sama la kita saling bermaafan..bukan bulan syawal je bru nak bermaafan tapi setiap hari kita kena memaafkan orang lain dan jangan sesekali kita menyakiti hati orang lain.. be careful when u all wanna talk k.. take care of your mouth.. so simple, kurangkan bercakap dan banyakkan mendengar kebaikan..InsyaALLLAH semoga hati kita selalu bersih..amin3..

Semoga hari-hari yang mendatang banyak mengajar kita mengenal pencipta kita, Allah swt..

Wallahuallam..