Wednesday, 5 December 2012

Surat untukmu sahabat

 Wahai sahabatku...

Semalam bertarikh 4 Disember 2012 merupakan satu tarikh yang amat memilukan bagi ku.. Jalan yang aku ambik dengan berdiam diri mengundang parah kepada diri sendiri. Bukankah itu jalan yang amat di tuntut dalam Islam bila kita menghadapi masalah ??? Bukankah itu adalah jalan yang terbaik supaya kita tidak terus bercakap buruk mengenai orang lain??

IYA !!!

Namun, kenapa aku yang harus dipersalahkan? Ermm aku tidak akan berkata apa apa melainkan mendengar. Aku tidak akan marah dan tidak akan membela diriku. Adakah ini menunjukkan aku seorang yang baik?

TIDAK !!!

Aku tidak ingin membela diriku kerana sahabatku yang paling mulia dariku. Berkata la, bercakap la,,aku tidak akan sesekali membela diriku kerana aku hanya ingin mendengar luahan hatimu sahabat. Sahabat yang amat aku sayangi, sahabat yang lama dengan ku, sahabat yang bersusah senang denganku dan sahabat yang telah meninggalkanku.

Wahai sahabat........andai kerana engkau tidak tahu perkara sebenar dan engkau telah memutuskan ikatan antara kita, tidak akan aku memarahimu sahabat. Ini kerana, aku tahu abangmu yang paling penting dalam hidupmu. Tinggalkan lah diriku sahabat kerana aku memang tidak layak untuk bersahabat denganmu. Tetapi kenapa aku tidak akan meninggalkanmu???

Dzun Nun berkata, :

"Janganlah engkau bersahabat dengan Allah swt melainkan semata-mata dengan mengikut     perintahNYA, janganlah bersahabat dengan sesama makhluk melainkan dengan nasihat menasihati dan janganlah bersahabat dengan hawa nafsu melainkan dengan menyalahi atau tidak melayani kemahuannya."

Ucapanmu yang menyalahkan ku, kata kata mu yang menggunakan bahasa kasar dan ayat mu yang mengguris hatiku tidak akan aku persalahkan. Aku sangat sangat sedih sahabat. Sedih kerana engkau tidak tahu akan perkara yang sebenar dan engkau bercakap menggunakan amarahmu. Sedihmu turut aku rasai. Pernahkah engkau merasai sedihku wahai sahabat??

Engkau hanya nampak pada sebelah pihak. Engkau melihat sahabat tapi engkau tidak melihat dengan mata hatimu sahabat. Sedihnya ku sahabat. Engkau pergilah..pergilah..pergilah wahai sahabat...aku akan sentiasa mendoakanmu..Semoga Tuhan selalu menjaga dan merahmati kehidupanmu.. Kata katamu padaku,adakah aku akan memaafkan.

IYA !!!

Orang orang salaf ada yang berkata,:

"Baiklah engkau menerima sahaja alasan daripada kesalahan saudaramu itu sekalipun sampai 70 kali dalam satu perkara yang sama. Sekiranya pada suatu ketika hatimu tidak ingin lagi menerima alasannya, maka yang buruk adalah hatimu sendiri. Katakanlah pada dirimu sendiri, mengapa engkau sekeras itu, mengapa sekasar itu sikapmu. Baru 70 kali sahaja sudah tidak engkau hiraukannya. Jadi, yang busuk itu adalah hatimu dan bukanlah sahabatmu itu".

Ahnaf pula berkata :

"Hak seseorang sahabat ke atas dirimu ialah supaya kamu suka menahan tiga perkara, iaitu tahan menghadapi kemarahannya, tahan menghadapi perubahan keadaan dan tahan menghadapi penganiayaan."

Biarlah Tuhan menjagamu, biarlah Tuhan yang mendengar isi hatimu dan biarlah Tuhan memberikan kegembiraan kepadamu sahabat.

Engkau jagalah abangmu baik baik wahai sahabat kerana aku tahu dia lah satu satunya abang yang engkau ada..Izinkan aku melihat dirimu dari jauh sahabat.

Rasulullah saw bersabda :

"Apabila salah seorang daripada kamu mencintai saudaranya, hendaklah ia memberitahunya."

                                                                     (Riwayat oleh Abu Daud, Tirmidzi, Hakim dan lain lain)

              Untukmu wahai sahabat...





Selamat tinggal sahabat ~

No comments:

Post a Comment