Allahuakbar !!! Allahuakbar !!! Allahuakbar !!!
Menitik airmata ini tatkala mengalunkan ayat-ayatMU ya Robbi di malam yang penuh keberkatan iaitu malam Nisfu Sya'ban {" allahuma yassir walaa tu'assir"}.. perasaan kerdil , perasaan insaf, perasan sedih, perasaan terharu, perasaan taubat sehingga tidak dapat di ucapkan dengan kata-kata, Engkau yang Maha Mengetahui. Syukur alhamdulillah Engkau masih panjangkan umurku, masih memberi aku peluang untuk terus meminta keampunan atas dosa-dosa yang telah aku lakukan.. syukran ya Robbi.
Pada malam ini buku-buku amalan yang terdahulu akan di angkat oleh para Malaikat ke langit dan di gantikan dengan buku yang baru bermula pada maghrib tadi. Ampuni segala dosa-dosaku ya Allah { amiin }.
Airmata terus menitik buat kali kedua apabila mendapat berita mengenai seseorang yang amat ku kenali.. Berita mengenai dirinya yang berubah, sudah pergi ke rumah Allah. SubhanaAllah Engkau Maha Mendengar doa-doaku ya Robbi. Engkau telah menggegarkan dunianya, Engkau telah menanamkan cinta dalam dirinya untukMU, Engkau telah menyedarkannya akan ketetapan yang telah Engkau tentukan {Alhamdulillah}.. Terus aku cepat-cepat pergi mengambil wuduk dan terus sujud syukur. Ya Allah, aku menangis di sejadahMU, aku sujud di sejadahMU, aku bersyukur di sejadahMU atas apa yang Engkau telah memperkenankan doaku.. { di saat entry ini di tulis, airmata masih mengalir mengingatkan Tuhan itu Maha mendengar lagi Maha Penyayang }
Inilah khabar yang paling aku nanti-nantikan di dalam hidupku. Tiada apa yang aku mahukan melainkan dia kembali mengingatiMU ya Allah, mengingati akan kebesaranMU, mengingati akan dirinya yang tidak keseorangan kerana Engkau tidak akan pernah meninggalkan hambaMU keseorangan.
Aku..aku..aku..tidak dapat nak meluahkan dengan kata-kata perasaan gembira aku ini. Bagi ku biarlah dia tidak mengingati diriku, biarlah dia melupakan aku tetapi aku tidak mahu dia sesekali melupakan Penciptanya. Aku tidak mahu dia kehilangan agamanya kerana dunianya, aku tidak mahu dia terlalu mengejar dunia sehingga dia lupa tentang DIA dan aku mahu dia terus berdoa dan menerimanya dengan ikhlas dan redha dan terus sujud memohon ke hadrat Ilahi, amiiiin ~ amiiin ~ amiiin
- Tuhan Maha Pengampun lagi Maha Penyayang -
Semoga Tuhan mengampuni segala dosa-dosa kita dan mempertemukan kita dengan bulan-bulan yang penuh keberkatan, amiiin. { 2 minggu lagi mahu berpuasa }


No comments:
Post a Comment