Thursday, 31 May 2012

senYum Laa :-)

 assalamualaikum w.b.t.


gooD Morning everyone hehe :-) mulakan pagi ini dengan niat yang betul, nawaitu yang baik ~ amin ~ , memulakan sesuatu dengan bismillah, berjalan dengan penuh sopan dan tidak sesekali sombong ye :-) hehe .. ini bumi Allah swt, dan semuanya adalah Allah swt yang punya..so, beringat laa..sombong itu tidak perlu dalam kehidupan kita sebagai khalifah di atas muka bumi ini..


alhamdullilah, hari nie dah masuk 1 jun 2012, bersamaan 11 rejab.. syukur alhamdulillah, sya masih di panjangkan umur, masih di beri nikmat, masih di beri pinjaman nyawa, masih diberi nafas untuk bernyawa... syukur alhamdulillah~


hari ini just mau berkongsi serba sedikit ilmu yang diberikan lebih olehNYA mengenai "SEBUAH SENYUMAN" hehehe :-)  aikk, lum pape lagi, dah senyum ke?? hihihihi  




siti  : " eh, mariam kenapa awak nampak muram je arinie?"


mariam : "hmm saya..saya ada masalah kewangan la siti. saya tak tahu dah di mana mahu cari duit untuk tampung duit beli buku nie?"


siti : "oh, patut la muka awak muram je. jangan risau mariam, saya boleh bantu. dah-dah jangan buat muka macam tu lagi. macam sembelit je saya tengok..hahahaha"


mariam : "ishh awak nie, ada-ada je. saya ada masalah mestilah saya muram dan sedih. saya anak orang miskin bukannya anak orang kaya.lagipun ayah saya dah pencen, mak pulak ambil upah menjahit baju jea. hidup saya susah hmm (mengeluh)"


siti : "Tuhan sangat sayang awak. DIA bagi awak jadi orang miskin bukan kerana nak awak selalu mengeluh, tapi kerana DIA tak mahu awak sombong dan angkuh dibumi DIA ini..fikir positif mariam. jangan kerana masalah kewangan awak, awak bermuram durja. itu takkan dapat menyelesaikan masalah. cuba awak senyum, InsyALLAH awak akan rasa tenang dan dipermudahkan.


mariam : "iyaa, saya tahu siti. tapi masalah saya nie sangat berat. hmm baik lah, saya akan senyum. macam yang awak nak saya lakukan hihihi :-)


siti : "haaa that's my frend hehe, senyum selalu ok. bila awak senyum, awak akan rasa lega dan tenang walaupun hakikatnya awak ada masalah. jangan beratkan otak awak tu dengan masalah. kalau awak senyum, masalah akan jadi small matter..believe me, ok? senyuuuuumm :-) hihi


mariam : "hehehe iya, terima kasih siti. awak dah banyak tolong saya. saya akan ingat nasihat awak. akan selalu tersenyum hehe. terima kasih ye siti :-0 hehehe


siti : "yang penting awak kena selalu senyum, ok? 


mariam : "ok siti"






... SENYUMAN...amat penting dalam hidup, believe it or not??? macam ceta siti dan mariam kat atas jugak. melalui senyuman, orang akan nampak kita nie gembira walaupun dalaman sedih, melalui senyuman orang akan tau kita nie "happy good lucky" hehe, melalui senyuman juga dianggap sedekah dan menandakan bahawa kita tidak sombong.


namun, ada juga yang menyalah tafsirkan senyuman yang kita berikan. ada kata "senyum perli" la, ada kata "senyum dibuat-buat" dan macam2 laa kan3? tidak usah hirau pada pandangan mereka itu, yang penting kita senyum dengan ikhlas dan kerana ALLAH swt (lillahi' ta'ala).


di sebalik sebuah senyuman, terdapat kebaikan, antaranya ialah :


1) orang yang murah dgn senyum akan jauh drpd stres kerana dia terhindar drpd penyakit ketegangan. jantungnya akan berdetak normal. peredaran darahnya akan mengalir dengan baik dan membuatkan dia awet muda.


2) senyum hanya menggandakan 17 otot wajah, sementara kemarahan menggunakan 32 otot wajah. inilah salah satu sebab mengapa wajah terkadang di lihat cepat tua bagi orang yang jarang tersenyum.


3) senyuman yang diakhiri dgn ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser.


4) senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan seseorang.


5) senyum tulus adalah senyum yg lahir dari hati yg paling dalam, dari kerinduan ingin membahagiakan orang lain, dari kerinduan menghormati dan memuliakan orang lain. orang tersenyum dgn tulus, otot wajah yg disebut orbicularis oculi merangsang kontraksi, kerutan di seluruh muka. berbeza dgn seseorang yang tersenyum palsu, maka otot wajahnya tidak akan bergerak.


jadi..sama-sama lah kita sedekah.. sedekah yang paling senang, tanpa mengeluarkan wang ringgit, tanpa was-was dan di jamin halal (ada cop halal ke ~ngee ngee~~) hehehe.. iaitu dengan sebuah senyuman...
















No comments:

Post a Comment